Saturday, April 9, 2011

rupanya KIAMAT...

Malam2... ngantok... lepas blik dscssn g lepak tgk maharaja lawak plak...
hehheh... rest le konon... hahahah...
tgh2 mlm ni ingt kene gak le aku memikirkan masa hadapan dengan lebih dalam...
hahhaha... ayat pun dah tah apa2... maklum ler translate dokumen2 eng dalam BM...

disini inginku kongsi untuk bersama kita hayati...
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Tuesday, April 5, 2011

Tiada siapa tahu... Resah di dalam hati

Disini aku nak kongsi...
aku ambil dari salah sorang member aku di laman FB...
mungkin ada yang x kisah cerita ini...
tapi ak jamin ramai yang akan tersentuh...
kalu yang x kesah 2.. ak xtaw le diaorang 2 ade hati ke x???
Bagi... aku terlalu kisah...
Cm aku nak g cari je diaorg dan peluk sekuat2nya....

eh korang mesti x faham...
nak taw... bacalah di bawah...


Suatu petang yang tenang, di dalam sebuah komuter.. Kelihatan seorang lelaki sekitar lewat 20-an, Azwan, memasuki salah satu gerabak saat ia berhenti di sebuah stesen. Dia masuk bersama-sama dua orang anak lelaki, mungkin berusia 4 dan 6 tahun..   Sebaik ...sahaja dia melabuhkan diri di sebuah kerusi, tanpa menghiraukan anak-anaknya.. Azwan terus memejamkan mata. Wajahnya kelihatan penat, langsung saja melelapkan mata. Si anak pula apa lagi, ligatlah bermain-main dua beradik itu ke hujung dan ke hilir gerabak. Dek kerana suasana yang kurang sesak, memang agak senanglah untuk mereka berlari kesana-kemari.   Mula-mula berlumba lari, si adik kalah lalu marah-marah, meradang. Pastinya suasana yang tenang tadi menjadi bingit dan merimaskan penumpang lain. Masing-masing memandang saja si ayah yang kelihatan lena melelapkan matanya.   Kemudian, mereka berlumba pula memanjat tiang di dalam gerabak tersebut. Si abang pula yang kalah, geram, lalu dicapainya majalah seorang penumpang yang sedang membaca - dan terjatuh. Kelihatan puas hati di wajahnya. Mahu dimarahi, cuma budak kecil.. Malangnya si adik pula terasa tercabar. Kalau abangnya boleh buat begitu, pasti dia pun boleh!   Si adik pun buatlah hal yang sama. Kali ini surat khabar penumpang lain menjadi mangsa - dan terjatuh juga. Penumpang lain yang melihat sekadar menggelengkan kepala, dan menyimpan bahan bacaan mereka! Dua beradik itu masih lagi aktif.. Bermain-main.   Akhirnya seorang penumpang lalu cuba menegur Azwan. Ditepuknya peha Azwan, terkejut dari lelapnya. Sambil cuba menahan rasa geram dia berkata dengn baik, "Maaf saudara, anak-anak saudara sangat mengganggu kami!"   Azwan terpinga-pinga, sebentar kemudian dia cuba bangun. Tapi seakan-akan tiada kekuatan, dia terduduk kembali. Tiba-tiba, wajah Azwan kemerah-merahan.. Lalu terluah airmata jantannya. Si lelaki yang menegur tadi mula serba salah. "Maaf saudara.. Saudara ade masalah ke?"   Akhirnya Azwan membuka cerita..   Katanya, sebenarnya dia dan anak-anaknya dalam perjalanan ke hospital. Isterinya sedang terlantar sakit di sana - setelah disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian otak. Sejak itu, isterinya terpaksa ditahan di hospital dan diletakkan di bawah pemeriksaan rapi. Oleh itu, kanak-kanak tidak dapat dibenarkan melawatnya sebagai langkah keselamatan.   Setelah berminggu-minggu, si anak-anak sangatlah merindukan ibunya. Dan ibunya pula apatah lagi. Azwan bagaikan berada di tengah-tengah.. Dilema. Ingin saja dia menemukan anak-anaknya dengan isterinya di hospital, tetapi tidak dibenarkan oleh doktor. Akhirnya si anak-anak mula menjadi murung, tidak berselera makan.. Dan asyik bertanyakan tentang ibunya. Isterinya pula semakin hari menjadi semakin lemah, dan sangat merindukan anak-anaknya.   Kerana terlalu rindu, isteri Azwan pernah memberitahunya, jika pun dia perlu membayar wang semata-mata untuk dibenarkan berjumpa anak-anaknya, dia sanggup! Dia meminta Azwan mengeluarkan semua simpanan mereka untuk membayarnya!   Azwan terus mendesak dan mendesak doktor.. Akhirnya dibenarkan, tetapi tidak boleh lama. Lalu dia terus pulang ke rumah, mendapatkan anak-anaknya.. Dan memberitahu berita gembira itu - mereka akan bertemu si ibu esok! Lalu melompat kegembiraanlah dua beradik itu. Terus berselera makan, menyanyi-nyanyi.. Malah si abang siap melukiskan sesuatu untuk ditunjukkan kepada ibunya keesokan hari.   Si adik pula terus mencari-cari pakaian tercantik yang mana ingin dipakai. Sepanjang malam, bertalu-talu soalan diajukan kepada Azwan oleh anak-anaknya, tentang ibu mereka. Akhirnya mereka terlelap juga, lewat malam.   Keesokannya, hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Azwan pulang dari kerjanya pada waktu tengahari, untuk menjemput anak-anak. Sampai saja di pintu rumah, anak-anaknya telah pun siap! Akhirnya Azwan sendiri tak sempat berehat dan menukar pakaiannya, terus saja keluar menuju ke stesen komuter.   Namun, siapa sangka.. saat mereka ingin keluar, Azwan mendapat panggilan daripada hospital - menyatakan isterinya baru saja menghembuskan nafasnya yang terakhir!   Hancur luluh hatinya, terus kelu lidahnya, langsung kaku jasadnya. Azwan buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukan, apa yang harus diberitahu kepada anak-anaknya.. Dia benar-benar tersentak dan sebak, apalagi melihatkan kegembiraan pada wajah anak-anaknya untuk bertemu ibu mereka.   Akhirnya Azwan tetap ke stesen komuter, dan menuju ke hospital - dengan fikiran yang kosong. Kerana itulah dia langsung duduk dan cuba menenangkan dirinya. Dan membiarkan saja anak-anaknya terus gembira. Dia tak mempunyai perkataan untuk menjelaskan kepada mereka bahawa si ibunya telah tiada!   Lelaki yang menegurnya tadi sangat tersentuh. Terasa bersalah kerana menegur tadi. Perasan geram dan marahnya terhadap si anak-anak itu tadi, terus bertukar menjadi sayang, sayu dan kasihan.. "Kalau encik boleh tolong terangkan kepada anak-anak saya, silakan.. Saya memang tak tahu macamana nak bagitahu mereka..", akhiri Azwan.   ...   Begitulah kisah yag sangat menyentuh perasaan itu. Lelaki tadi yang mulanya tersangat marah dengan kerenah si anak-anak kecik yang nakal, akhirnya bertukar menjadi sayang dan sayu - kerana dia tahu akan perkara yang sebenarnya. Tetapi bagaimana pula dengan penumpang lain, yang masih tidak tahu? Pastinya rasa marah itu masih berbuku di hati mereka.

Itulah bezanya antara orang yang mengetahui, dan yang tidak mengetahui.   "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui?" (Az-Zumar:9)   p/s; Kisah ini dikongsi oleh seorang penceramah di tapak pesta konvo UTM. Wallahu'alam.

Aku memahami keadaan mereka...
betapa besarnya dugaan tuhan pada mereka....
InsyaAllah.. semuanya ada hikmah...
Moga mereka sabar..tabah..menghadapi dugaan mereka...
Moga mereka tergolong dalam anak2 yang soleh dan solehah..
dan begitu juga kita semua...
Amin...

... rindu padamu...

Aku x nafikan tiap kali sunyi saja ak akan rindu pada arwah mak dan abang....
tiap kali ak terpikirkan rumah ak asyik fikir akan ajak mak ke pasar malam...
nak suruh abang g beli yang itu yang ini....
bagi ak mereka seolah2 masih wujud di alam yang fana ini...
tapi hakikatnya mereka telah ke alam lain...
alam yang begitu hampir dengan hari akhirat....
Roh mereka telah pulang ke Sang Pencipta....

Tadi masa g mall, aku ternampak seseorang seolah2 mirip mak...
tetiba aku jadi sayu...
coz ak terambil fone dan terdail no mak...
sedetik kemudian, aku tersedar tiada siapa yang akan menjawab panggilan itu...
kerana tuannya sudah pulang di sisi Illahi....
aku rasa sungguh sunyi....
Lantas aku sedekah fatihah kepada mereka dan juga pada semua ahli2 kubur...
moga sedekahku yang x seberapa ini dapat ringankan dan selamatkan mereka di sana....